Aku tulis penyakit ni kerana ayah aku sendiri menghidap penyakit Angina Pectoris ni. dah 9 tahun dia menghidap..
Angina pectoris ialah sakit dada yang disebabakan bekalan darah tidak mencukupi kerana tersekat buat seketika untunk ke miokardium ( otot-otot jantung). Pesakit Angina pectoris ini disebabkan oleh artherosklerosis (keadaan di mana lemak terkumpul di salur darah arteri) ataupun salur darah koronari tersumbat.
Etiologi (penyebab) Angina pectoris
- berlaku 90% artherosklerosis (pengumpulan lemak di salur arteri)
- berlakunya coronary artery embolism (suatu hambatan dalam pembuluh darah akibat bekuan darah atau benda asing yang lain yang terjebak saat bepergian melalui aliran darah)
- berlakunya coronary artery spasm (penyempetan secara tiba tiba di arteri)
- berlakunya syphillitic valve disease
- severe anaemia ( kekurangan sel darah merah ataupun hemoglobin)
- cardiac arrytmias
- severe pulmonari Hypertension (tekanan pada sirkulasi pulmonary menjadi tingginya/abnormal)
- mengamalakn diet yang tinggi kandungan lemak
- menghisap rokok (jaga2 kawan)
- kurang melakukan aktiviti/senaman
- obersiti
- tekanan darah tinggi / hypertrnsi
- mental stress/ emotion
Patologi ( Cara-cara berlaku)
Bermula dengan kesempetitan arteri koronari kerana di artheroma berlaku artherosklerosis. Penyekatan menjadi teruk bila menjalankan aktiviti berat dan kegunaan oksigen bertambah. Otot jantung mendapat kurang bekalan oksigen dan iskemia terjadi. Pembentukan thrombus di tempat artheroma jadi menyekatan / memotong bekalan darah ke miokardium. Apabila dirawat akan pulih tetapi parut terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan