Selasa, 8 Mac 2011

Buku : Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit

Promosi buku sikit aku hari ni..hehe
Memang tidak dapat di tandinggi lagi kalam Al-Quran merupakan kalam terbaik di sepanjang zaman. Al-Quran merupakan mukjizat Allah kepada Nabi Muhammad SAW, pelbagai macam ilmu terdapat di di dalam Al-Quran.

Di sini aku nak promosi ckit, satu judul buku yang berdasarkan Al-Quran, Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit.Buku Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit membongkar ilmu perubatan yang terkandung dalam al-Quran melalui kupasan ayat-ayat untuk membantu menyembuhkan penyakit berdasarkan amalan.
Penulisnya, Raflis Sabirin, yang mempunyai pengalaman selama 27 tahun mengubati penyakit menggunakan ayat al-Quran. Sesungguhnya tiada siapa yang mampu melawan mukjizat nabi junjungan kita ini.

di petik dari
http://www.bharian.com.my/
dan diolah dengan cara aku.

Isnin, 7 Mac 2011

Angina pectoris ( Salah Satu Penyakit Jantung)

Aku tulis penyakit ni kerana ayah aku sendiri menghidap penyakit Angina Pectoris ni. dah 9 tahun dia menghidap..

Angina pectoris ialah sakit dada yang disebabakan bekalan darah tidak mencukupi kerana tersekat buat seketika untunk ke miokardium ( otot-otot jantung). Pesakit Angina pectoris ini disebabkan oleh artherosklerosis (keadaan di mana lemak terkumpul di salur darah arteri) ataupun salur darah koronari tersumbat.

Etiologi (penyebab) Angina pectoris
  • berlaku 90% artherosklerosis (pengumpulan lemak di salur arteri)
  • berlakunya coronary artery embolism (suatu hambatan dalam pembuluh darah akibat bekuan darah atau benda asing yang lain yang terjebak saat bepergian melalui aliran darah)
  • berlakunya coronary artery spasm  (penyempetan secara tiba tiba di arteri)
  • berlakunya syphillitic valve disease 
  • severe anaemia ( kekurangan sel darah merah ataupun hemoglobin)
  • cardiac arrytmias
  • severe pulmonari Hypertension (tekanan pada sirkulasi pulmonary menjadi tingginya/abnormal)
  • mengamalakn diet yang tinggi kandungan lemak
  • menghisap rokok (jaga2 kawan)
  • kurang melakukan aktiviti/senaman
  • obersiti
  • tekanan darah tinggi / hypertrnsi
  • mental stress/ emotion
  •  
     


 Patologi ( Cara-cara berlaku)
         Bermula dengan kesempetitan arteri koronari kerana di artheroma berlaku artherosklerosis.  Penyekatan menjadi teruk bila menjalankan aktiviti berat dan kegunaan oksigen bertambah. Otot jantung mendapat kurang bekalan oksigen dan iskemia terjadi. Pembentukan thrombus di tempat artheroma jadi menyekatan / memotong bekalan darah ke miokardium. Apabila dirawat akan pulih tetapi parut terjadi.

Kurangnya Blog-Blog Kesihatan Di Malaysia Ini

Sedihnya aku, sedang aku mencari bahan-bahan untuk buat assignment aku tentang penyakit Filariasis ( Sakit Kaki Gajah) dan demam denggi di internet, aku melihat kurang betul blog yang menulis tentang penyakit-peyakit tersebut. Dalam bahasa English mmg lah byk, aku xkisah pun bahasa ape2 bleh guna google translate..hehe.

Tapi aku sedih tgk Malaysia punya blog ada lah 2blog je yg aku tgk ada tulis tentang kesihatan, yang lain ada juga tapi berapa kerat sgt dia tulis. Aku mmg tabik r dgn bloger2 yang menulis tentang kesihatan, mereka cuba berkongsi ilmu di samping cuba menaik kan lagi taraf kesihatan di Malaysia ini. Contoh satu web site nih http://paramedik.bbfr.net/. Web site nih mengumpulkan kumpulan2 separa perubatan (mcm aku) yang berkerja di bawah kesihatan. Mereka berbincang isu-isu kesihatan di sini.

Dengan ini aku akan try tulis ape2 aje yang aku belajar kat blog aku, selain dapat aku kongsi ilmu aku dapt jugak study kn. Walaupun blog aku nih tak popular tapi satu hari nanti apabila ada org search tentang penyakit yang mereka hadapi ataupun org yg terdekat mereka hadapi mesti terbaca jugak bloh aku yang sepi ini, baru 2org follow bolg aku, sedih rase. Tapi xpelah,,hahah aku nk tulis jugak walaupun aku nih agak pemalas,,, stay tune~~~~