Sabtu, 8 Januari 2011

Tahun BARU!!??

Sempena tahun baru nih 2011, aku sempat lah join kawan2 g Penang, melihat suasana malam tahun baru di sana,  pukul 11.59p.m bermula lah countdown.Tepat pukul 12a.m berdentum2 bunga api, Hebat mmg hebat, aku tgk semua berseronok menari sakan dgn alunan lagu yang dipasang oleh Dj di pentas. Kebanyakan aku lihat bdk belasan tahun yang menari sakan, masing2 tunjuk kehebatan masing. Fesyen rambut masing2 jgn ckap lah, kalah bob marley boh. aku nk ambik gmbr tapi maklum lah enset murah so xjelas.                   
                                  Gambar di dataran Merdeka, di ambil dari
                                   http://dancesportmalaysia.blogspot.com/

Bunyi berdentum2 di Malaysia pada ketika itu adakah membuat kita ingat pada ALLAH ??
berbeza dgn di Gaza bunyi berdentum2 di sana membuat mereka ingat akan ALLAH!!!
                  Di GAZA di ambil dari: http://www.bharian.com.my/bharian/

Tok Bomoh Zaman Sekarang

 
Petua mengenakan Tok Bomoh Palsu 

KLIK GAMBAR UNTUK BESAR


Ape yang PENTING dalam hidup

Assalamualaikum,
ape yang paling penting dlm hidup kita? Bagi semua umat islam yang bertaqwa Allah s.w.t lah yang paling penting. Allah berfirman kepada semua, sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia mahupun di akhirat, mestilah berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, ole itu Al-quran dan sunnah penting dalam hidup kita.



Kedua,
bagi aku KELUARGA adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita, Tanpa keluarga siapa lah kita? siapa lagi yang akan menerima kita seadanya selain keluarga kita sendiri. keluarga pemimpin kita, keluarga penyokong kita, keluarga adalah segala-gala nya dalam hidup kita. bersyukurlah n berbaktilah kita sebelum nikmat keluarga ini di ambil oleh Allah.     
Ketiga,
KAWAN2 lah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Selama aku hidup ini aku mempunyai pelbagai jenis kawan, dgn itu jugak lah  aku dapat pelbagai jenis ilmu. Ilmu yang baik di amalkan, ilmu yang xbaik sgt buat pendoman untuk menasihati kawan2 yang lain. Kadang2 aku sendi pun terpengaruh dgn kawan2, so pandai lah berfikir dgn otak sendiri "tepuk dada tanya selera". Kawan2 mmg penghibur di setiap masa, keluarga bkn setiap masa di samping kita, kawan2 lah penganti mereka, so pandai2 lah pilih kawan, aku ada kenal seorang kawan yg byk merubah cara hidup aku,, terima kasih kepada beliau. Carilah kawan yang mampu merubah kita dari jahat kepada baik,

Akhir nyer kot,
DUIT, mungkin tanpa duit payah menjalani hidup ini, hendek sekolah pun gune duit, senang cakap duit segala-gala nyer lah dlm hipun sekarang nih.
TAPI ingt jgn kerana DUIT ALLAH kita lupa kan. Aku nih cakap je lebih diri sendiri pun ntah kemana, harap2 dari blog ini aku mendapat hidayah, Maafkan aku ya Allah, aku byk dosa dgn mu, sesungguh nya aku HAMBA sahaja.